Sunday, March 25, 2012

Pudarnya Nikmat Sihat


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat itu terdetik di hati saya, 
Lama dah tak sakit kan aku ni.. 
Sejak sebelum masuk sini lagi aku tak sakit.. 
Walaupun cikgu sains kata org yang berdarah o ni susah sakit, 
Tapi aku tetap macam tak puas hati… 

Allah dah tak sayang aku lagi ke 
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
Allah T_T 

Sampailah hari jumaat lepas … 
Tengah berkejar-kejar nak siap pergi exam micro, 
Tetiba kaki saya tersepak bingkai pintu -.- 
Dan, jari kelingking saya tersekat 
dan menyebabkan saya terjatuh 
dan semata-mata kerana jari kelingking saya yang tersekat.. 
Saya boleh terjatuh? 
Dan saya sangat malu… 

Dan, nasib saya baik sebab dalam bilik tak ada orang.. 
Dan..oh~saya melompat-lompat menahan kesakitan.. 
Hanya Allah yang tahu sakitnya kaki saya ni, 

Tapi, saya tak boleh ‘larut’ lama-lama dalam kesakitan tu, 
Saya kena cepat-cepat nak pergi exam.. 
Dengan tangga yang banyak, 
Dengan kena berjalan seberapa pantas yang boleh 

Boleh bayangkan tak perasaan jari kelingking kaki saya?
Kesian . . . 
Buat sementara waktu ni, 
Gaya jalan yang memang tak ayu bertambahlah ketidakayuannya 

Allahuakbar 
Macam suka pun ada sebab Allah berikan kesakitan ni 
Tapi, pada masa yang sama 
Saya terfikir, banyaknya dosa saya 
Sehingga kan Allah memberikan saya kesakitan ni .. 
Agar ia mampu menjadi kifarah dosa … 

Allahuakbar~ 
Takdir Allah itu memang terlalu sempurna kan?
Allah memberikan kesakitan pada saya, 
Tepat pada waktunya.
Kaki saya ni tak akan menaggangu kehidupan saya 
Sebagai seorang Student ! 
Sebab dia sakit waktu saya cuti sem..
Comel..Comel..Comel.. 

Sememangnya . . .
Allah lah yang Maha Berkuasa Atas Segalanya!


No comments: