Saturday, March 31, 2012

Beza Sangat ke Pink and Purple ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengsasih Lagi Maha Penyayang

alah.budak tu dia tahu apa?
main ikut je tu . .
Ayahanda dia purple
bonda dia pun purple

tak akan lah tetiba
dia nak suka warna pink pulak kan

Assalamu'alaikum tante
jangan pandangku sebelah mata [gaya anita sarawak]
saya bukan manusia yang tidak tahu menilai
Sekian, terima kasih


lagi skali saya tanya
apa bezanya pink and puple tu

tetap cantik dan hodoh pun ada jugak
tetap terang, and certain time boleh jadi gelap pun

pastu napenya ?
kenapa bila nampak kehadiran purple ..
huish! cepat2  pink amek kaler hitam
pi matikan 'sinar' nya

kenapa bila nampak kehadiran pink..
purple marah cakap .
haip! tempat awak bukan kat sini
pi main jauh-jauh
ke tempat yang konon
awak boleh diterima

tak boleh ke nak main sama-sama ?
yang si purple bercakap
si pink mendengar
yang si pink mengkritik
si purple pula perbetulkan

mustahil sangat ke ?
Saya tak fahamlah . . .
 
Geram !
Marah    !
Adeeh      !

Si Pengingkar sujud tu mesti suka kan !
Tengok keadaan saya yang macam ni


Astaghfirullah .
Astaghfirullah . .
Astaghfirullah . . . 

Sunday, March 25, 2012

Pudarnya Nikmat Sihat


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat itu terdetik di hati saya, 
Lama dah tak sakit kan aku ni.. 
Sejak sebelum masuk sini lagi aku tak sakit.. 
Walaupun cikgu sains kata org yang berdarah o ni susah sakit, 
Tapi aku tetap macam tak puas hati… 

Allah dah tak sayang aku lagi ke 
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
Allah T_T 

Sampailah hari jumaat lepas … 
Tengah berkejar-kejar nak siap pergi exam micro, 
Tetiba kaki saya tersepak bingkai pintu -.- 
Dan, jari kelingking saya tersekat 
dan menyebabkan saya terjatuh 
dan semata-mata kerana jari kelingking saya yang tersekat.. 
Saya boleh terjatuh? 
Dan saya sangat malu… 

Dan, nasib saya baik sebab dalam bilik tak ada orang.. 
Dan..oh~saya melompat-lompat menahan kesakitan.. 
Hanya Allah yang tahu sakitnya kaki saya ni, 

Tapi, saya tak boleh ‘larut’ lama-lama dalam kesakitan tu, 
Saya kena cepat-cepat nak pergi exam.. 
Dengan tangga yang banyak, 
Dengan kena berjalan seberapa pantas yang boleh 

Boleh bayangkan tak perasaan jari kelingking kaki saya?
Kesian . . . 
Buat sementara waktu ni, 
Gaya jalan yang memang tak ayu bertambahlah ketidakayuannya 

Allahuakbar 
Macam suka pun ada sebab Allah berikan kesakitan ni 
Tapi, pada masa yang sama 
Saya terfikir, banyaknya dosa saya 
Sehingga kan Allah memberikan saya kesakitan ni .. 
Agar ia mampu menjadi kifarah dosa … 

Allahuakbar~ 
Takdir Allah itu memang terlalu sempurna kan?
Allah memberikan kesakitan pada saya, 
Tepat pada waktunya.
Kaki saya ni tak akan menaggangu kehidupan saya 
Sebagai seorang Student ! 
Sebab dia sakit waktu saya cuti sem..
Comel..Comel..Comel.. 

Sememangnya . . .
Allah lah yang Maha Berkuasa Atas Segalanya!


Saturday, March 24, 2012

Ucapan Alu-Aluan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum..
Buat pertama kalinya saya mengistiharkan yang saya nak buat blog !!
yang kedua..haha..
Salam Pertemuan Kembali..

Blog baru kita mulakan dengan semangat yang baru 
Dan bersedia untuk menerima memori yang baru..Aiceewah..

Semoga niat saya untuk kali ni..
Selari dengan apa yang Allah redhai..
Insya'allah..

Saya cuma hanya berusaha untuk menyebarkan kebaikan 
Walaupun saya sendri belum tentu baiknya..

Ustaz Pahrol kata,
salah satu cara utk mendidik kita menjadi baik,
Adalah dengan mendidik orang menjadi baik * senyum sepet mata

Biarlah tidak banyak kebaikan yang boleh diambil dari sini
Sekurang-kurangnya saya boleh mendidik saya dengan kata-kata saya...

Cukup utk kali ni..
kita sambung lain kali dengan perkara yang lebih mencabar oke!
Salam Perpisahan dan Semoga Berjumpa Lagi !!!


 NotaIman : Amanah yang betambah selari dengan umur yang berkurang

NotaSiBintang : saya tertinggal henset saya kat uia..kunci bilik pun..macam mana nak ameek ??